mcmc
Maklumat Komuniti

SAMBUTAN HARI KURIER NEGARA (HKN) 2025

Shah Alam, Selangor | 1 November 2025 – NADI turut serta memeriahkan sambutan Hari Kurier Negara (HKN) 2025 dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Industri Pos, MCMC di Shah Alam Convention Centre hari ini.

Bertemakan PUDO@NADI, penyertaan kali ini menampilkan dua usahawan NADI yang berkongsi demonstrasi pembungkusan produk untuk penghantaran kurier menggunakan perkhidmatan drop-off SPX di NADI.

Perkhidmatan pick-up dan drop-off yang kini tersedia di NADI memudahkan urusan usahawan tempatan dan komuniti disekitar serta membuka lebih banyak peluang untuk memperkukuh ekosistem keusahawanan komuniti di seluruh negara.

NADI kini menjadi lokasi pengambilan dan penghantaran bungkusan bagi komuniti setempat.

#NADIMCMC#PerkhidmatanPintarNADI#HariKurierNegara2025