Tahniah kepada Pasukan Alumni NADI Mahir Foto atas kejayaan cemerlang di Malaysia Unity Shortfilm Festival 2025 anjuran Kementerian Perpaduan Negara apabila mereka dinobatkan sebagai Juara bagi Anugerah Pilihan Awam dan Naib Juara bagi Kategori Umum.
Pasukan ini terdiri daripada 15 alumni mewakili 15 NADI dari 8 negeri, bersatu di bawah tema “Strength of Unity” dan ditaja oleh NADI Mahir. Kejayaan mereka membuktikan bahawa kepelbagaian, kerjasama dan semangat mampu melahirkan karya yang memberi inspirasi kepada masyarakat.
NADI Mahir Foto merupakan salah satu program di bawah Teras Pembelajaran Sepanjang Hayat, Perkhidmatan Pintar NADI, yang memberi peluang kepada peserta untuk mendalami kemahiran dalam bidang fotografi dan videografi. Selain Mahir Foto, terdapat juga program lain seperti Mahir Jahit, Mahir Baiki Gajet, Mahir Masak dan Mahir Pertanian Pintar. Melalui NADI, komuniti bukan sahaja mendapat akses kepada fasiliti teknologi, malah turut menikmati program pembangunan yang menyeluruh untuk memperkasakan kehidupan seharian.
Kemenangan ini bukan sahaja membanggakan pasukan NADI, malah turut membuktikan semangat perpaduan dan kreativiti di bawah Perkhidmatan Pintar NADI MCMC: Pembelajaran Sepanjang Hayat. Tahniah kepada para juara.
#NADIMCMC#NADIPembelajaranSepanjangHayat#PerkhidmatanPintarNADI