mcmc
Maklumat PEDi

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Taman Saujana Utama

SELAMAT DATANG KE PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) merupakan projek kerajaan Malaysia dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

 

 OBJEKTIF PENUBUHAN :

 

  •  Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan
  • Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
  • Meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI).
  • Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
  • Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.
 
 
 PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN :
 

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Taman Saujana Utama menawarkan latihan ICT secara percuma kepada semua pengguna yang telah mendaftar sebagai ahli. Antara latihan yang disediakan ialah :
 
  • Pengenalan asas komputer
  • Asas internet
  • Aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang)
  • Desktop publishing seperti Microsoft Office (atas permintaan)
  • Latihan keusahawanan

 

 
 JUMLAH KEAHLIAN :
 
PEDi atau sekarang dikenali sebagai NADI Taman Saujana Utama telah membuka keahlian kepada orang ramai sejak mula beroperasi pada tahun 2016. Ramai telah mendaftar diri dengan NADI Taman Saujana Utama bagi mendapat perkhidmatan yang telah kami sedia. Jumlah ahli terkumpul sehingga kini adalah
 

  AHLI LAMA

2362

  AHLI BARU BULAN OKTOBER 2024

20
 KESELURUHAN AHLI PADA 2024 96
 
 
 KENALI PETUGAS NADI :

 

Untuk menjadi petugas NADI, kami harus melalui beberapa proses sebelum secara sah dilantik menjadi petugas NADI. Tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan. Kenali kami 

 
PENGURUS
 
 
 
Nama : Nurazlen Binti Hasanuddin
Mula berkhidmat : 01 Disember 2023
 
PENOLONG PENGURUS
 
 
Nama : Aida Nur Seta Binti Bachok
Mula berkhidmat : 05 Mei 2023