mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI MAC 2025 – NADI MAHIR : Mahir Foto

Tarikh :5,12, 19 & 26 MAC 2025
Masa :2.30PM – 3.30PM
Lokasi :NADI Taman Saujana Utama
Pengunjung :1 Peserta

TUJUAN:

Kursus ini menawarkan pengetahuan asas tentang cara mengambil gambar dan video menggunakan telefon pintar, dengan mempraktikkan teknik yang tepat serta proses penyuntingan yang berkualiti. Selain itu, peserta akan diperkenalkan kepada kaedah mencipta dan mengurus kandungan (content creation) media sosial yang menarik dan relevan mengikut trend terkini.

AKTIVITI:

  • Peserta akan belajar teknik asas dan lanjutan dalam mengambil gambar yang berkualiti menggunakan telefon pintar atau kamera.
  • Dapat menguasai kaedah penyuntingan gambar menggunakan aplikasi mudah alih atau perisian komputer untuk hasil yang lebih menarik.
  • Kemahiran ini boleh digunakan untuk meningkatkan profil peribadi atau organisasi, termasuk dalam bidang pendidikan, pemasaran, dan perniagaan.
  • Dengan kemahiran yang diperoleh, peserta tidak perlu bergantung sepenuhnya kepada jurugambar profesional untuk menghasilkan gambar berkualiti tinggi.