MCMC Selangor telah melaksanakan Kempen Internet Selamat di SK Seri Pristana, sekali gus menjadikan sekolah ini sebagai sekolah ke-312 di Selangor yang menerima pendedahan mengenai keselamatan internet.
Program ini memberi tumpuan kepada usaha mendidik murid-murid tentang kepentingan menggunakan internet secara selamat, beretika dan bertanggungjawab. Antara topik utama yang diketengahkan termasuk bahaya buli siber, penipuan dalam talian, serta kepentingan melindungi maklumat peribadi.
Melalui inisiatif ini, MCMC Selangor kekal komited memperkasakan generasi muda agar lebih celik digital, bijak membuat pilihan, serta berdaya tahan dalam menghadapi cabaran dunia maya.
