mcmc
Maklumat Komuniti

𝗧𝗔𝗟𝗜𝗔𝗡 𝗔𝗗𝗨𝗔𝗡 𝗢𝗣𝗦 𝗞𝗘𝗦𝗔𝗡 𝟰.𝟬

KPDN telah menyediakan saluran aduan khas melalui talian 012-665 4292 bagi membolehkan orang ramai mengemukakan sebarang maklumat dan aduan berkaitan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang tidak munasabah susulan pelaksanaan semakan kadar Cukai Jualan dan peluasan skop Cukai Perkhidmatan (SST). KPDN akan mengambil tindakan tegas sekiranya kenaikan harga tidak munasabah dilakukan dan tidak sejajar dengan perundangan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011. #KPDN #KPDNKita #OPSKESAN4.0 #RahmahItuBerkat #MalaysiaMADANI