mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI MAC 2025 – PROGRAM PERKHIDMATAN PINTAR NADI x CYBERSECURITY: WEBINAR Ancaman Siber Dalam E-sport

Tarikh :15 MAC 2025
Masa :2.00PM – 3.30PM
Lokasi :NADI Taman Saujana Utama
Pengunjung :2 Peserta

TUJUAN:

Webinar ini bertujuan untuk melengkapkan pemain esports dengan ilmu dan alat yang diperlukan untuk melindungi diri mereka daripada ancaman siber dan mengekalkan reputasi yang baik dalam komuniti permainan.

AKTIVITI:

  • Memberi pemahaman tentang ancaman siber yang sering dihadapi oleh pemain esports, termasuk serangan phishing, peretasan akaun, dan pencurian identiti.Jenis ancaman siber yang biasa dan cara menanganinya.
  • Mengenal pasti bentuk serangan seperti DDoS, malware, dan penipuan dalam talian yang boleh menjejaskan pengalaman bermain serta keselamatan kewangan.
  • Menjelaskan hak dan tanggungjawab pemain dalam konteks undang-undang keselamatan siber, termasuk Akta Jenayah Komputer dan peraturan platform permainan.